Persediaan dan impak Siklon Jal

Jumlah kematian
Malaysia4 [3]
Thailand203 [4]
India54[2]
Jumlah (pada 9 November 2010)261

Thailand

Apabila Jal sekadar kawasan tekanan rendah, ia melanda Thailand lalu bertambah kuat menjadi tekanan rendah. Akibatnya, hujan amat lebat mencurahi negara ini sehingga menyebabkan banjir besar yang meragut 59 nyawa. Kerajaan Thailand juga menganggarkan jumlah kerugian sekitar AS$338 juta.[5]

Malaysia

Sebagai tekanan rendah tropika, Jal menyebabkan hujan lebat di sekitar Malaysia utara,[6] menyebabkan banjir besar yang mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang. Hampir 50,000 orang terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka akibat paras air banjir yang makin pasang. Kerosakan yang teruk juga memaksa penutupan sebuah lapangan terbang dan lebuh raya utama di negara.[3]

Banjir ini menjejaskan pengangkutan di sekitar negeri Kedah dan Perlis, kerana landasan keretapi dan jalan raya di sini terpaksa ditutup, termasuk sekali Lebuhraya Utara-Selatan.[7] Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar juga terpaksa ditutup setelah landasannya dilanda banjir, maka tinggal helikopter sahaja sebagai kaedah pengangkutan utara ke Kedah dan Perlis.[8] Banjir ini juga mencemari bekalan air di Kedah dan Perlis, maka negeri-negeri tersebut terpaksa menerima bekalan dari negeri Perak.[9]

Penanaman padi yang menjadi sektor penting di Kedah dan Perlis, juga teruk terjejas oleh banjir. Menurut kerajaan persekutuan, sawah padi seluas lebih 45,000 hektar di Kedah sahaja rosak akibat banjir. Kerajaan menjanjikan bantuan RM 26 juta kepada para petani di kedua-dua negeri.[10] Di Perlis, banjir menenggelami lebih dua pertiga seluruh wilayah negeri.[11] Negeri Kelantan juga terjejas oleh banjir sehingga beberapa sekolah terpaksa ditutup.[12]

India

Peta yang menunjukkan jumlah turunan hujan kesan Siklon Jal di India

Amaran siklon dikeluarkan ke pantai timur India yang sudah dilanda lekukan tekanan monsun yang kuat yang menyebabkan banjir teruk, meragut ratusan nyawa dan menyebabkan ramai lagi kehilangan tempat tinggal. Isyarat amaran ribut dinaikkan di daerah Ganjam dan Jagatsinghpur di negeri Odisha.[13] Lebih 70,000 orang mengosongkan empat daerah di negeri Andhra Pradesh; pihak berkuasa membuka perkhemahan berteduh di merata pedalaman Andhra Pradesh.[14] Seramai 40–50 orang penyelamat tiba di kawasan pamah yang sudah dibanjiri di Andhra Pradesh di mana impak sistem amaran dijangka kurang berkesan.[15]

Apabila siklon bertemu daratan, hujan lebat menyebabkan gelongsoran lumpur dan banjir. Pada 9 November, ketua menteri Andhra Pradesh, Konijeti Rosaiah berkata, sekita 54 orang terkorban di India akibat ribut ini.[2] Angkatan Tindakan Bencana Negara di Arakkonam, Tamil Nadu, memindahkan kakitangannya ke Nellore untuk menyelia operasi menyelamat dan bantuan.[16]

Tinggalan bekas ribut tropika Jal (05B) di Gujarat, India

Lebih 16 peberbangan yang dijadualkan mendarat di Chennai terpaksa dilencongkan le Bangalore kerana darjah kebolehlihatan yang tidak memuaskan.[17] Dilaporkan bahawa kawasan tanaman sekitar 300 ribu hektar dimusnahkan oleh siklon ini.[18] Gangguan bekalan elektrik berlaku di merata negeri Tamil Nadu dan Andhra Pradesh sepanjang hari Ahad.[19] Kerajaan India berkata pihaknya akan membekalkan beras 20kg dan kerosin 5 liter kepada setiap keluarga dari kawasan banjir, dan juga ganti rugi 200,000 kepada kaum keluarga setiap mangsa.[20] Jumlah kerugian yang dianggarkan oleh kerajaan India adalah AS$53.55 juta, termasuk daerah Visakhapatnam sahaja yang mengalami kerugian AS$18.53 juta, daerah Nellore AS$22.59 juta dan daerah Prakasam AS$12.43 juta.[21][22]

Apabila sisa-sisa Siklon Jal beralih ke arah barat laut, ia membawa hujan ringan atau sederhana kepada negeri Rajasthan, diikuti negeri Gujarat.[23]

Sri Lanka

Siklon Jal terletak 400 km jauhnya dari Trincomalee, tetapi ia bergerak ke arah India Selatan untuk bertemu daratan di situ. Walau bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Sri Lanka sempat mengeluarkan amaran hujan lebat dan keadaan laut bergelora.[24]

Hujan petir yang lebat berlaku di hampir seluruh Sri Lanka pada 10 November, dan pada 8:30 pagi 11 November, Colombo menerima curahan hujan sebanyak 443mm dalam masa 24 jam lalu. Inilah curahan hujan terbesar yang diterima di Colombo dalam sehari selepas 18 tahun. Kebanyakan kawasan pamah di dalam dan sekitar Colombo mengalami banjir. Pihak berkuasa menganggarkan 80,000 orang terjejas oleh banjir di daerah Colombo. Perahu tentera laut dan helikopter tentera udara dikerah untuk operasi bantuan.

Rujukan

WikiPedia: Siklon Jal http://www.bangkokpost.com/news/local/204842/songk... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.chitramala.com/news/jal-s-wrath-causes-... http://www.deccanchronicle.com/nellore/crop-damage... http://www.dnaindia.com/india/report_jal-brings-gu... http://expressbuzz.com/cities/chennai/jal-weakens-... http://www.fullhyderabad.com/hyderabad-news/cyclon... http://www.fullhyderabad.com/hyderabad-news/cyclon... http://www.fullhyderabad.com/hyderabad-news/jal-cy... http://timesofindia.indiatimes.com/city/chennai/Cy...